UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Amal Hayati Ishak
Title :Burnout dan tekanan kerja di kalangan guru: satu kajian terhadap guru-guru sekolah menengah daerah Hulu Langat (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2015
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Burnout merupakan satu fenomena kesan daripada tekanan kerja jangka panjang. Ia biasanya dialami oleh profesion yang perlu berurusan dengan pelanggan. Salah satu daripada profesion dalam kategori tersebut ialah guru kerana tugas utama seorang guru ialah mengajar dan mengawal pelajar daripada pelbagai peringkat usia. Burnout dapat dikesan melalui tiga simptom utama iaitu kelesuan emosi, depersonalisasi dan penurunan pencapaian diri. Justeru, kajian ini dijalankan terhadap para guru bagi meneliti fenomena burnout dan tekanan kerja di kalangan mereka. Kajian yang dijalankan di daerah Hulu Langat ini menggunakan borang soal-selidik sebagai instrumen pengumpulan data. Data yang telah dikumpul dianalisis menggunakan program SPSS 12.0. Berdasarkan 75 orang responden yang telah menjawab borang soal-selidik, tekanan kerja mempunyai pengaruh terhadap burnout terutamanya dari segi beban kerja dan faktor persekitaran termasuklah situasi sekolah serta peralatan mengajar. Lokasi sekolah sama ada di bandar atau luar bandar pula didapati tidak mempengaruhi burnout. Namun begitu, perbezaan umur dan pengalaman didapati mempengaruhi burnout. Secara amnya, burnout di kalangan guru adalah pada tahap sederhana walaupun para guru sememangnya mengalami tekanan kerja.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)